28 December 2011

PAIP jadi inspirasi???

Kisah Pengajaran Dari SALURAN PAIP..

Aku petik kisah dua anak muda yg bercita-cita menjadi kaya..Abu dan Ali..
Suatu hari, pemerintah mengupah mereka untuk membekalkan air kepada orang kampung..mereka harus memenuhkan kolah yg besar..satu baldi diangkat, mereka akan mendapat RM10..kaya lah mereka!!

Namun, saban hari, tatkala Abu bangun daripada tidurnya..yg dia rasakan adalah kepenatan yg terlampau serta kaki dan tangan yang melecet dek kerja mengangkat baldi..Oleh itu, Abu cuba memikirkan sesuatu supaya dia tidak perlu bekerja dengan teruk lagi..

IDEA!!

Akhirnya Abu mendapat idea untuk membina SALURAN PAIP yg akan membekalkan air ke seluruh kampung tanpa dia perlu mengangkat baldi lagi..

Buah fikirannya itu diluahkan kepada Ali....

Namun idea Abu itu ditolak mentah2 oleh Ali...Ali merasakan bahawa mustahil untuk dia membina saluran paip..Abu kecewa tetapi masih meneruskan usahanya dengan membina SALURAN PAIP tersebut..

Abu kini bekerja siang dan malam..pagi dan petang..sebelah paginya mengangkat baldi..sebelah malamnya pula membina saluran paip..banyak yang dipelajari Abu..semuanya perihal SABAR DAN ISTIQAMAH..sedangkan Ali pula semakin hari semakin kaya....Ali sering mentertawakan Abu..

Saban hari..saluran paip yg di bina semakin siap dan terus mengalirkan air ke kolah di kampung..Abu yang dahulunya ditertawakan kini disanjung oleh masyarakat

..manakala Ali kehilangan kerjanya..manakan tidak, semakin hari..dia semakin berusia dan tua..badannya semakin membongkok dan sakit2..baldi yang diangkat pun sudah tidak sebanyak dahulu..

Abu kini sudah BERJAYA walaupun pada mulanya usahanya di pandang mustahil oleh sesetengah pihak..Kisah SALURAN PAIP ini telah memberikan suatu semangat baru untuk meneruskan usahaku dalam perniagaan..SALURAN PAIP yang akan ku bina ini akan membantuku untuk mengalirkan wang terus ke poketku..mungkin pada mulanya aku akan keletihan dalam kepayahan..namun, semuanya akan terbalas di saat saluran paipku mula beroperasi.

* ni adaptasi dari buku karya BURKE HEDGES..ambil pengajaran daripada kisah SALURAN PAIP tersebut..versi bahasa malaysia


ni la buku tu..cuma yg aku baca dlm BM..buku ni smart ouh!!hehe

No comments:

Post a Comment